Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Polis rakam keterangan Latiff Ahmad susulan laporan ke atas Rafizi

Polis hari ini mengambil keterangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, susulan satu laporan yang dibuat pegawainya terhadap Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli pada 30 Ogos.

“Susulan laporan polis yang dibuat terhadap saudara Rafizi Ramli oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas saya pada 30 Ogos 2022, saya telah didatangi oleh pegawai polis pagi tadi untuk diambil keterangan,” kata Abd Latiff dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Mersing itu berkata sebagai anggota kabinet, beliau akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Pada Selasa, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Abd Latiff Sayed Ahmad Mui'izzuddin Al-Sayed Mohamad, membuat laporan polis terhadap Rafizi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Dalam laporan itu, Rafizi didakwa telah mengeluarkan beberapa kenyataan fitnah, kononnya wanita bernama Zainab Mohd Salleh yang memperoleh projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah isteri kepada Abd Latif.

- Bernama