Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Blog Raja Petra bukan sumber boleh dipercayai - Pendakwa

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram dalam hujah lisannya berkata Malaysia Today iaitu blog yang memuatnaik dua dokumen yang didakwa sebagai penghakiman kes Rosmah Mansor - bukanlah sumber berwibawa.

"Dalam penghujahan saya, penulis artikel (di blog itu) adalah seorang pelarian daripada mahkamah yang bersembunyi di United Kingdom.

"Kedua, dia adalah wartawan 'penyanggak' (rogue). Pandangannya berubah berdasarkan berapa banyak dia dibayar," katanya.

Bagaimanapun peguam utama Rosmah, dalam kes rasuah berhubung projek solar sekolah luar bandar Sarawak yang dihadapinya - Jagjit Singh - tampil mencelah dengan berkata walau sejahat mana pun seseorang itu, masih ada sedikit kebaikan dalam dirinya.

"Berkenaan penulis bajingan (seperti hujah pendakwaan), apa saja seorang individu itu, walau sejahat mana pun dia, masih ada sedikit kebaikan dalam dirinya.

"Itulah yang diajar agama kepada kita," katanya.

"Dia mungkin seorang penulis ‘penyanggak’ (seperti yang dikatakan pendakwaan), tetapi adakah dokumen-dokumen ini palsu?" soalnya lagi.

[Baca laporan penuh]