Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

2,340 kes baru Covid-19, enam pesakit meninggal dunia

Sebanyak 2,340 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), kes aktif kini berjumlah 30,991, turun 27 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur (537)

Selangor (492)

Perak (260)

Sabah (223)

Negeri Sembilan (114)

Pulau Pinang (110)

Melaka (101)

Sarawak (98)

Kelantan (83)

Johor (76)

Pahang (74)

Kedah (72)

Putrajaya (43)

Terengganu (36)

Perlis (16)

Labuan (5)

Enam lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought in dead (BID).

Kes kematian ini dilaporkan di Pulau Pinang (2), Kuala Lumpur (2), Kedah (1) dan Selangor (1).

Sepanjang minggu lalu, purata 5.6 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 8 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu, menunjukkan penurunan.

Sejak wabak ini melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 36,216 kematian direkodkan.

Sebanyak 247 kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan lalu, dan 204 kematian pada Julai.

Pada masa ini seramai 1,301 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 69 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (91) diikuti dengan Sabah (62) dan Perak (46).