Warisan umum barisan kepimpinan 2021-2024
Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini, mengumumkan barisan kepimpinan parti untuk penggal 2021 hingga 2024 setelah Perhimpunan Agung Tahun Warisan 2021 dan pemilihan selesai dilaksanakan semalam.
Mohd Shafie, menerusi kenyataan, berkata beliau yakin barisan kepimpinan itu sudah bersedia dan akan sentiasa turun padang untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Barisan kepimpinan itu menyaksikan Mohd Shafie mempertahankan jawatan presiden selepas menang tanpa bertanding dan jawatan timbalan presiden, dan tiga naib presiden juga menang tanpa bertanding.
Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis juga menang tanpa bertanding jawatan Ketua Wirawati, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak, Norazlinah Arif menang jawatan Ketua Wanita dan Ketua Bahagian Warisan Kinabatangan, Ismail Ayub menang jawatan Ketua Wira.
Seramai 20 orang dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) antaranya Ahli Parlimen Kalabakan, Ma'mun Sulaiman; Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan; Adun Bongawan, Dr Daud Yusof; Adun Banggi, Mohammad Mohamarin; Adun Karamunting, George Hiew Vun Zin; Adun Tanjong, Kapor Ben Chong Chen Bin; Adun Darau, Azhar Matussin; Adun Merotai, Sarifuddin Hata dan Adun Gum-Gum, Arunarnsin Taib.
Jawatan dilantik menyaksikan Datuk Loretto Padua Jr kekal sebagai Setiausaha Agung dan Adun Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah kekal Ketua Penerangan.
Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman, yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Wira kerana memberikan laluan kepada pemimpin muda, tiada dalam senarai kepimpinan.
Kuota bagi jawatan dilantik iaitu dua naib presiden, seorang bendahari agung dan 11 AMT belum diumumkan.
Berikut senarai penuh barisan kepimpinan Warisan 2021-2024:
Presiden: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Presiden: Datuk Darell Leiking
Naib Presiden: Datuk Dr Jaujan Sambakong, Datuk Junz Wong dan Terrence Siambun.
Setiausaha Agung: Datuk Loretto Padua Jr
Ketua Penerangan: Datuk Awang Ahmad Sah
Ketua Wanita: Norazlinah Arif
Ketua Wira: Ismail Ayub
Ketua Wirawati: Isnaraissah Munirah Majilis
Ahli Majlis Tertinggi :
1. Dr Daud Yusof
2. Mohammad Mohamarin
3. Mudi Dubing
4. Ahmad Hassan
5. George Hiew Vun Zin
6. Mohd Zinin Adong Ajak
7. Mazliwati Abdul Malek Chua
8. Datuk Honorsius Bosuin
9. Ben Chong Chen Bin
10. Azhar Matussin
11. Charles Ebbie
12. Ma'mun Sulaiman
13. Datuk Ahmad Shah Tambakau
14. Sarifuddin Hata
15. Arunarnsin Taib
16. Japar Awang
17. Mahadi Mumin
18. Nicholas Chak
19. Datuk Aidi Moktar
20. Mohd Taib Isai
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai