PM mungkin bentang bajet, ambil alih tugas menteri kewangan - Muhyiddin
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengambil alih tanggungjawab Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen pada 7 Okt, menurut Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.
Bekas perdana menteri itu juga mendakwa langkah tersebut menunjukkan Ismail Sabri mungkin membubarkan parlimen tidak lama lagi dan tiada perbahasan belanjawan berlangsung pada sidang Dewan Rakyat akan datang, yang akan bermula tiga minggu lebih awal pada 3 Okt.
"Saya dimaklumkan rakan kabinet kata perdana menteri nak bentangkan bajet. Yang biasa bajet dibentang menteri kewangan, itu satu. Biasanya dibentangkan pada hujung Oktober.
"Sekarang ini nak dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.
"Kedua diawalkan pada 7 Oktober. Cuba tanya kenapa buat begitu? Saya yang tak berapa cerdik ni , saya fikir kemungkinan besar selepas 7 Oktober bentang, tidak ada perbahasan bajet di parlimen, sebab besoknya parlimen akan dibubarkan.
"Macam mana? Ya atau tidak apa saya sebut tak penting. Tapi yang penting pilihan raya tak berapa lama lagi," kata Muhyiddin.
Mengikut kebiasaan, belanjawan dibentangkan oleh menteri kewangan dan kadangkala tugas itu diambil alih oleh perdana menteri yang juga menerajui Kementerian Kewangan. Bagaimanapun, Ismail Sabri bukan menteri kewangan.
Kerajaan pada mulanya menetapkan 26 Okt untuk persidangan Dewan Rakyat seterusnya dan 28 Okt untuk membentangkan belanjawan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai