Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Penghakiman kononnya Najib bersalah tular, Pemuda Umno tuntut jawapan

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa terperanjat apabila tular satu dokumen yang dikatakan kertas keputusan penghakiman hakim-hakim Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan kes SRC International membabitkan Najib Razak walaupun prosiding mahkamah masih berjalan.

“Persoalannya apakah dokumen ini benar dan asli.

“Perlu ada penafian segera daripada pihak mahkamah agar tidak timbul prasangka negatif yang boleh mencalar imej institusi kehakiman negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook petang tadi.

Asyraf berkata Pemuda Umno akan membuat laporan polis mengenai dokumen itu, yang dikongsi di media sosial dan platform pesanan Whatsapp.

Dokumen itu, bertarikh 26 Ogos, disiarkan oleh penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin di blog Malaysia Today.

Menurut dokumen itu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, menolak rayuan Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun.

Menyatakan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, dokumen itu mendakwa bahawa berdasarkan keterangan yang dikemukakan, ia akan menjadi "satu persendaan kepada keadilan peringkat tertinggi" jika mahkamah mendapati perayu tidak bersalah atas tujuh pertuduhan.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas kesahihan dokumen itu dan telah menghubungi pihak pendakwaan dan pembelaan untuk mendapatkan ulasan.

Kami juga telah menghubungi Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung perkara itu.

[Baca berita penuh]