Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

3,516 kes baru Covid-19, 15 pesakit meninggal dunia

Sebanyak 3,516 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Kes aktif Covid-19 kini berjumlah 41,701, turun 12.2 peratus berbanding 14 hari lalu.

Namun bilangan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan peningkatan.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (893)

Kuala Lumpur (878)

Sabah (318)

Perak (296)

Negeri Sembilan (193)

Melaka (164)

Pulau Pinang (123)

Johor (112)

Sarawak (107)

Putrajaya (95)

Kedah (92)

Pahang (83)

Kelantan (78)

Terengganu (59)

Perlis (17)

Labuan (8)

Sebanyak 15 lagi kematian dilaporkan semalam, di mana empat kematian berlaku sebelum sempat dibawa ke hospital atau brought in dead (BID).

Ini merupakan jumlah kematian tertinggi yang dilaporkan dalam sehari sejak 20 April lalu.

Kes kematian dilaporkan di Johor (4), Melaka (3), Perak (3), Sabah (2), Pahang (1), Sarawak (1) dan Selangor (1).

Sepanjang minggu lalu, purata 8.7 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 8.5 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu, menunjukkan peningkatan.

Sejak wabak ini melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 36,117 kematian akibat Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Sebanyak 148 kematian dilaporkan pada bulan ini setakat ini berbanding 204 kematian pada Julai dan 89 kematian pada bulan sebelumnya.

Sebanyak 1,534 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital, dengan 92 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah pesakit dalam ICU pada masa ini adalah tertinggi sejak 22 April lalu.

Namun, laman CovidNow kendalian Kementerian Kesihatan menyatakan kada penggunaan katil ICU pada masa ini hanyalah 24.7 peratus.

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (138), diikuti Sabah (93) dan Johor (59).