Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

3,429 kes baru Covid-19, sembilan kematian

Sebanyak 3,429 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Kes aktif Covid-19 kini berjumlah 40,741, turun 12.4 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (1,082)

Kuala Lumpur (676)

Sabah (273)

Negeri Sembilan (221)

Perak (212)

Sarawak (159)

Melaka (151)

Johor (129)

Kedah (123)

Kelantan (113)

Pulau Pinang (94)

Pahang (70)

Terengganu (55)

Putrajaya (54)

Labuan (12)

Perlis (5)

Sebanyak sembilan lagi kematian dilaporkan semalam, di mana satu kematian berlaku sebelum sempat dibawa ke hospital atau brought in dead (BID).

Kes kematian dilaporkan di Pahang (2), Selangor (2), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Perak (1), Pulau Pinang (1) dan Terengganu (1).

Sejak wabak ini melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 36,102 kematian akibat Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Sebanyak 133 kematian dilaporkan pada bulan ini setakat ini berbanding 204 kematian pada Julai dan 89 kematian pada bulan sebelumnya.

Sebanyak 1,563 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital, dengan 84 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (136), diikuti Sabah (88) dan Johor (58).