Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

2,437 kes baru Covid-19, pesakit dalam ICU tertinggi sejak 3 bulan

Sebanyak 2,437 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, dengan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) terus meningkat.

Kes aktif Covid-19 kini berjumlah 42,203, turun 4.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur (560)

Selangor (491)

Sabah (252)

Perak (172)

Negeri Sembilan (162)

Johor (135)

Kelantan (119)

Melaka (106)

Kedah (91)

Pulau Pinang (89)

Sarawak (73)

Putrajaya (73)

Pahang (52)

Terengganu (49)

Perlis (8)

Labuan (5)

Sebanyak lapan lagi kematian dilaporkan semalam, di mana dua kematian berlaku sebelum sempat dibawa ke hospital atau brought in dead (BID).

Kes kematian dilaporkan di Johor (2), Melaka (2), Perak (2), Pahang (1) dan Pulau Pinang (1)

Sepanjang minggu lalu, purata 8.7 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 8.2 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu, menunjukkan kenaikan.

Sejak wabak ini melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 36,093 kematian akibat Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Sebanyak 124 kematian dilaporkan pada bulan ini setakat ini berbanding 204 kematian pada Julai dan 89 kematian pada bulan sebelumnya.

Sebanyak 1,566 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital, dengan 81 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (118), diikuti Johor (81) dan Sabah (57).