Salman Rushdie dah boleh bercakap, tak lagi guna ventilator
GLOBAL | Novelis Salman Rushdie, yang ditikam ketika festival sastera di New York, kini tidak lagi menggunakan bantuan ventilator dan mampu bercakap, menurut rakan Salman, Aatish Ali Taseer.
"Baru sahaja mendapat berita: “Salman tidak lagi menggunakan ventilator dan mampu bercakap (dan bergurau)…,” tulis Taseer di media sosial pada malam Sabtu, lapor Sputnik.
Pada Jumaat, Salman, 75, ditikam dua kali oleh Hadi Matar, 24, ketika hendak menyampaikan syarahan di Institusi Chautauqua di barat New York.
Ejen Salman, Andrew Wylie sebelum ini memberitahu media bahawa penulis itu telah dikejarkan ke hospital dan menggunakan bantuan ventilator, serta tidak boleh bercakap.
Salman berkemungkinan buta sebelah mata dan turut mengalami kerosakan pada hati serta saraf di tangannya putus, katanya.
Penulis novel terkenal itu telah menjalani pembedahan.
Matar telah ditangkap dan didakwa dengan dua pertuduhan iaitu cubaan membunuh tahap dua dan serangan peringkat dua, dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Jika sabit kesalahan, Matar bakal berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun.
Salman ialah penulis kelahiran India yang terkenal dan memenangi pelbagai hadiah sastera serta pernah mencetuskan kontroversi menerusi buku tulisannya "The Satanic Verses" yang dikatakan menghina Islam.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai