Menteri: Belum ada keperluan isytihar darurat iklim di M'sia
Kerajaan melihat masih belum ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat iklim di negara ini, menurut Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan sedang memantau usaha mitigasi untuk memastikan tiada peningkatan suhu secara drastik.
Bercakap ketika sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat hari ini, Tuan Ibrahim berkata sebelum mengisytiharkan darurat iklim, pelan untuk menangani perubahan iklim perlu dibuktikan tidak berkesan terlebih dahulu.
Mengakui bahawa perubahan iklim telah menyebabkan banjir lebih kerap, dia berkata kerajaan telah merangka pelan jangka pendek dan jangka panjang untuk menangani banjir dan menebat kesan perubahan iklim.
Ia termasuklah matlamat menjadikan Malaysia mencapai status pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Katanya pada masa ini pelepasan karbon di Malaysia adalah kira-kira 316.83 tan metrik, dengan 245.79 tan metrik daripadanya adalah offset.
Justeru, dia berkata salah satu matlamat kerajaan adalah menangani baki lebihan pelepasan karbon, menerusi usaha seperti melindungi hutan, menanam pokok dan melindungi terumbu karang.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai