‘RM100,000 lesap, duit dikeluarkan tanpa nombor TAC/OTP’
Seorang lelaki rugi RM98,900 selepas ditipu panggilan scam (penipuan).
Menariknya kali ini, lelaki lewat 20-an itu mendakwa wangnya dikeluarkan tanpa menggunakan nombor TAC/OTP.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai F berkata wangnya hilang selepas mendapat panggilan tipu, kononnya daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), polis dan Bank Negara.
Dia berkata ditakut-takutkan oleh penyamar bahawa dia disiasat bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Perkara itu menyebabkan dia mengikuti arahan penipu, antaranya dengan memasasang satu aplikasi telefon pintar dan membuat dua transaksi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM40,000, kononnya untuk tujuan “audit” Bank Negara.
Dua hari selepas itu, RM98,900 pula simpanannya dalam Tabung Haji lesap.
“Saya semak nombor telefon perbankan semua akaun saya dan saya dapati ia sama dengan nombor telefon semasa saya.
“Bagaimanapun sindiket ini buat transaksi tanpa terima nombor TAC/OTP.
“Saya tidak terima sebarang nombor TAC/OTP ketika wang dipindahkan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya
Dia berkata masih belum mendapat sebarang maklumat berkaitan perkembangan kes dan dimaklumkan bahawa maklumat perpindahan wang itu hanya akan diperoleh daripada bank dalam tempoh sebulan atau dua.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai