‘Jangan jadikan Sabah, Sarawak tong sampah persekutuan’
Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis menyelar tindakan kerajaan persekutuan yang didakwa menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai "tong sampah", dengan menempatkan pegawai kerajaan bermasalah di negeri itu.
Katanya budaya sebegitu akan menjejaskan kemajuan negeri Borneo itu yang sememangnya sudah jauh ketinggalan.
"Tolonglah Federal (Persektuan). Sabah, Sarawak bukannya tong sampah.
"Sudahlah kami tertinggal dari segi infrastruktur, takkan lah dari segi perkhidmatan pun kamu kasi kami orang yang bermasalah.
"Sampai bila kami mahu maju?," tulisnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Isnaraissah Munirah juga melampirkan keratan berita Sinar Harian yang melaporan sembilan anggota polis yang disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah, baru-baru ini telah ditukar ke Sabah dan Sarawak.
Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi dipetik sebagai berkata, siasatan berkaitan kesemua anggota terdiri daripada konstabel hingga sub inspektor masih dijalankan secara terperinci.
"Kesemua anggota yang terlibat telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.
"Siasatan masih dijalankan melibatkan semua aspek dan saya tegaskan bahawa Polis Selangor sama sekali tidak berkompromi terhadap anggota atau pegawai yang terlibat dalam sebarang kes jenayah," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai