Covid-19: Penularan terus lonjak, 4,503 kes baru, 10 lagi kematian
Sebanyak 4,503 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,664,213.
Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 46,906, iaitu peningkatan 20.6 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.
Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:
Selangor (1,706)
Kuala Lumpur (989)
Perak (306)
Pulau Pinang (265)
Sabah (238)
Negeri Sembilan (173)
Melaka (171)
Kedah (159)
Johor (120)
Putrajaya (100)
Sarawak (81)
Pahang (74)
Kelantan (62)
Terengganu (42)
Labuan (11)
Perlis (6)
Sebanyak 10 lagi kematian dilaporkan, dengan 4 kes mati ketika dibawa (BID) ke pusat kesihatan atau hospital..
Sejak minggu lalu, purata 9.1 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 6.3 kematian, yang menunjukkan trend peningkatan.
Sejak wabak itu melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,942 kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Kes kematian paling ramai dicatatkan di Perak dengan lima kes dan ini diikuti dengan tiga kematian di Selangor dan masing-masing satu kes di Pahang dan Pulau Pinang.
Sebanyak 1,505 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 59 daripda mereka kini mendapat rawatan rapi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai