Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kos rombongan PM ke Jepun: Menteri tak jawab soalan - MP

Speaker Dewan Rakyat digesa mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abd Latiff Ahmad untuk menjawab soalan yang tidak diendahkannya sebelum ini.

Dalam surat kepada speaker Azhar Azizan Harun, Teresa Kok (PH-Seputeh) menjelaskan dia telah meminta Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen untuk mendapatkan butiran - saiz, kos dan bilangan individu bukan kerajaan - yang terlibat dalam lawatannya ke Jepun baru-baru ini. .

Kok menjelaskan kepada Azhar bahawa jawapan bertulis Latiff hanya mengandungi tujuan lawatan rasmi dan jadual perjalanannya.

"Kerajaan harus telus dalam perbelanjaan (awam), termasuk lawatan rasmi perdana menteri ke Jepun," katanya.

Kok menjelaskan dia tidak berhasrat untuk merujuk Latiff kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen tetapi berharap speaker dapat meminta jawapan daripada kerajaan.

Lawatan Ismail Sabri ke Jepun pada Mei menarik minat netizen selepas gambar dari sumber rasmi menunjukkan menantunya Jovian Mandagie turut ikut bersamanya.

Jovian, 36, kelahiran Indonesia, ialah seorang pereka fesyen yang turut melibatkan diri dalam bidang farmaseutikal.