Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

PRU15: Warisan belum putus kerjasama dengan mana-mana parti

Parti Warisan masih belum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Buat masa ini, kita ingin pastikan bahawa Warisan menjadi pilihan rakyat Malaysia terlebih dahulu dan selepas PRU-15 nanti, baru kita akan teliti mana-mana parti dan pihak yang bersesuaian untuk melakukan kerjasama.

“Namun, pada saat ini kita bekerjasama dengan rakyat dari Perlis hingga ke Sabah,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Warisan peringkat negeri di Kangar hari ini.

Sebelum ini parti itu telah melebarkan sayap ke Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang dan selepas Perlis, Mohd Shafie berkata Warisan akan kembangkan sayapnya ke Kedah.

“Kita tidak bercadang membuka cawangan di seluruh semenanjung Malaysia, sebaliknya hanya memilih beberapa negeri yang boleh meraih sambutan,” katanya.

- Bernama