Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

3,880 kes baru Covid-19, 14 pesakit meninggal dunia

Kementerian Kesihatan melaporkan 3,880 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia kepada 4,644,115.

Kes aktif kini berjumlah 48,668, meningkat 37.8 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur (1,283)

Selangor (857)

Perak (326)

Negeri Sembilan (252)

Sabah (242)

Pulau Pinang (201)

Melaka (137)

Johor (132)

Kedah (115)

Putrajaya (82)

Kelantan (69)

Pahang (61)

Sarawak (52)

Terengganu (35)

Labuan (29)

Perlis (7)

Sebanyak 14 kes kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan tiga pesakit meninggal bukan ketika dirawat di hospital.

Kematian tersebut masing-masing dilaporkan di Selangor (5), Kuala Lumpur (3), Kedah (2), Perak (2), Kelantan (1) dan Sabah (1).

Sejak minggu lepas, purata kes kematian adalah 8.3 orang sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 5.4, menandakan trend peningkatan.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 35,902 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 1,447 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, di mana 50 daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dilaporkan di Selangor (148) diikuti Sabah (100) dan Johor (68).