Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Terus meningkat - 5,230 kes baru Covid-19

Kementerian Kesihatan melaporkan 5,230 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia kepada 4,613,998.

Kali terakhir jumlah kes baru melangkaui 5,000 adalah tiga bulan lalu, iaitu pada April.

Kes aktif kini berjumlah 41,208, meningkat 35.7 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (1,877)

Kuala Lumpur (1,584)

Perak (399)

Sabah (261)

Negeri Sembilan (236)

Pulau Pinang (219)

Melaka (140)

Johor (107)

Putrajaya (102)

Kedah (76)

Pahang (70)

Sarawak (68)

Kelantan (48)

Terengganu (23)

Labuan (12)

Perlis (8)

Lapan lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan seorang pesakit meninggal bukan ketika dirawat di hospital.

Kematian tersebut masing-masing dilaporkan di Selangor (3), Melaka (2), dan masing-masing seorang pesakit di Perak, Sabah dan Terengganu.

Sejak minggu lepas, purata kes kematian adalah 6.1 orang sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 4.0, menandakan trend peningkatan.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 35,844 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 1,411 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, di mana 64 daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dilaporkan di Selangor (184) diikuti Johor (81) dan Sabah (78).