Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

'Konvoi VIP potong laluan': Henti pengiring polis pada Najib - MP

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim mengulangi gesaannya supaya pengiring polis ditamatkan bagi menteri dan timbalan menteri, dan tokoh yang tidak lagi memegang jawatan.

Ini selepas video pengiring memotong laluan untuk sebuah kenderaan MPV dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak melalui apa yang didakwa sebagai kesesakan lalu lintas balik kampung semalam.

MPV jenis Toyota Vellfire berwarna putih dengan plat VBG 11 itu pernah dilihat digunakan oleh Najib.

Tidak jelas sama ada ahli parlimen Pekan itu berada di dalam kenderaan pada masa itu, atau pun lokasi video itu diambil.

Mengulas video itu, Sim berkata bekas pemegang jawatan yang telah disabitkan dengan jenayah sepatutnya tidak diberi perkhidmatan pengiring polis.

"Kerja polis tangkap perompak, jangan peralat polis iringi perompak. Jaga maruah polis kita," ciap di Twitter.

Najib telah disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan atas pecah amanah dan pengubahan wang haram RM42 juta berhubung SRC International.

Dia juga sedang dibicarakan untuk skandal 1MDB.

Ketua polis negara Acryl Sani Abdullah Sani tahun lepas memberitahu khidmat pengiring polis bagi bekas perdana menteri itu akan dikekalkan sehingga proses rayuan tamat.