Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

3,589 kes baru Covid-19, enam kematian dilaporkan

Kementerian Kesihatan melaporkan 3,589 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia kepada 4,589,911.

Kes aktif kini berjumlah 35,198, meningkat 25.7 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (1,261)

Kuala Lumpur (1,083)

Perak (275)

Negeri Sembilan (198)

Sabah (176)

Pulau Pinang (121)

Melaka (97)

Putrajaya (74)

Johor (69)

Sarawak (59)

Kedah (55)

Pahang (46)

Perlis (26)

Kelantan (21)

Labuan (17)

Terengganu (11)

Enam lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan dua pesakit meninggal bukan ketika dirawat di hospital.

Kematian tersebut masing-masing dilaporkan di Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Perak (1), Pulau Pinang (1), Sarawak (1) dan Selangor (1),.

Sejak minggu lepas, purata kes kematian adalah 4.3 orang sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.2, menandakan trend peningkatan.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 35,801 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 1,241 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, di mana 42 daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dilaporkan di Selangor (172) diikuti Johor (99) dan Sabah (76).