4,020 kes baru, 3 kematian Covid-19
Sebanyak 4,020 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,586,322.
Jumlah kes aktif sebanyak 33,839, naik 19.8 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.
Jumlah kes baru berdasarkan negeri:
Selangor (1,630)
Kuala Lumpur (1,049)
Perak (295)
Sabah (205)
Negeri Sembilan (197)
Pulau Pinang (128)
Melaka (107)
Putrajaya (90)
Johor (80)
Pahang (62)
Kedah (60)
Sarawak (57)
Kelantan (21)
Terengganu (20)
Labuan (12)
Perlis (7)
Sebanyak 3 lagi kematian dilaporkan, dengan 2 kes mati ketika dibawa (BID).
Sejak minggu lepas, purata 4.3 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.2, yang menunjukkan trend uptrend.
Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,795 kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Sebanyak 1,156 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 45 sedang mendapat rawatan rapi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai