Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan
Lebih 1,400 mangsa banjir Baling di PPS
Seramai 1,424 mangsa banjir daripada 93 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sekitar Kupang dekat Baling setakat 8 malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Kapten (PA) Rasidah Kassim dalam satu kenyataan memaklumkan mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, Surau An-Nur di Taman Mesra Kupang dan SMK Agama Yayasan Khairiah.
Beberapa kampung sekitar Kupang dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan selama tiga jam sejak 2 petang semalam, menyebabkan air melimpah dari Sungai Kupang dan memasuki rumah penduduk.
Dalam pada itu, tujuh rumah musnah akibat dihanyutkan arus deras manakala kira-kira 70 lagi rosak susulan bencana berkenaan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai