Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Baju PM mewah, terpisah realiti hidup rakyat susah - Fahmi Fadzil

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil membangkitkan selera Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memakai pakaian mahal pada masa ramai rakyat Malaysia biasa bergelut untuk memenuhi keperluan hidup.

Ini selepas ahli parlimen Bera itu dikesan memakai kemeja pendek berjenama Burberry bernilai RM6,900.

“Saya rasa orang yang bertanggungjawab ke atas almari pakaian PM perlu diganti.

"Pada masa semakin ramai orang menderita akibat kenaikan kos barangan, PM tidak seharusnya dilihat terasing daripada realiti rakyat," kata Fahmi kepada Malaysiakini.

“Busana mahal sebegitu tidak sepatutnya menjadi pilihan utama. Sebaliknya, PM boleh menggunakan peluang dan keterlihatan kerana kedudukannya untuk menonjolkan karya pereka tempatan (yang juga tidak perlu menjadi sebahagian daripada keluarga terdekatnya),” tambah Fahmi merujuk kepada menantu Ismail, pereka fesyen Jovian Mandagie.

Baju terbaru ini disenaraikan di laman web Burberry sebagai organza sutera slogan lengan pendek merah dan berharga RM6,900 dan sudah tidak boleh lagi ditempah.

Bulan lalu, Ismail dikecam di media sosial kerana memakai baju mahal semasa pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Singapura di Tokyo, Jepun.

Baju berwarna hitam, biru dan putih itu juga dari Burberry dan disenaraikan berharga RM5,500.

Semasa PKP 2020, Ismail menarik perhatian untuk rekaan baju kreatifnya, yang antara lainnya dibandingkan dengan kek lapis Sarawak, minuman avocado, agar-agar pelangi dan trifel Oreo.

[Baca berita penuh]