Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Harga ayam: Tak boleh salahkan kerajaan saja - Hadi

Kerajaan tidak boleh disalahkan sepenuhnya apabila harga ayam menjadi mahal, kata PAS.

Presidennya Abdul Hadi Awang berkata terdapat pelbagai faktor yang menentukan harga ayam.

“Kalau harga ayam tu kita kena tengok juga (faktor) yang jual makanan ayam tu mahal.

“Siapa yang mainkan harga tu? Siapa yang kuasai makanan ayam dan ternakan?

“Semua pihak terlibat. Tak boleh salahkan kerajaan sahaja,” katanya menjawab soalan pemberita dalam video disiarkan di media sosialnya sebentar tadi.