Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Mayat wanita ditemui terapung dalam sungai

Orang ramai digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita yang terapung dalam sungai berhampiran pintu air Sungai Kedah di Taman Persisiran Ampang Jajar, Alor Setar semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.18 tengah hari daripada orang awam yang memaklumkan ternampak satu mayat di sungai berkenaan.

"Anggota polis yang tiba ke lokasi kejadian telah mengeluarkan mayat wanita berumur lingkungan 60-an tersebut dari sungai itu dan membawanya ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Shukri berkata identiti wanita itu telah dikenal pasti.

Katanya wanita terbabit menetap di Shahab Permanent, Alor Setar dan mempunyai rekod rawatan mental di Hospital Lama Alor Setar.

Menurutnya setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun sebarang tindakan lanjut akan bergantung kepada keputusan hasil bedah siasat.

- Bernama