Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

2,130 kes baru Covid-19, satu kematian dilaporkan

Sebanyak 2,130 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,536,795.

Jumlah kes aktif sebanyak 25,626, iaitu lebih 1,049 kes berbanding hari sebelumnya.

Jumlah kes baru mengikut negeri:

Selangor (776)

Kuala Lumpur (553)

Pulau Pinang (168)

Perak (148)

Sabah (115)

Negeri Sembilan (82)

Johor (60)

Melaka (54)

Sarawak (53)

Kedah (44)

Pahang (26)

Putrajaya (22)

Terengganu (14)

Kelantan (11)

Perlis (4)

Labuan (0)

Satu kes kematian dilaporkan semalam, di Sarawak.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,731 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Seramai 993 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 35 orang sedang mendapat rawatan rapi.