Warga Israel dibenar masuk Qatar untuk Piala Dunia tahun ini
GLOBAL | Israel pada Khamis mengumumkan peminat bola sepak negara itu akan dapat memasuki Qatar, tempat Piala Dunia Fifa akan diadakan pada akhir tahun ini, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Yair Lapid, Menteri Pertahanan Benny Gantz, dan Menteri Kebudayaan dan Sukan Chili Tropper, warga Israel yang memegang tiket Piala Dunia boleh memohon ID Peminat, yang boleh digunakan sebagai visa masuk ke Qatar semasa gala bola sepak berlangsung, meskipun pada hakikatnya dua negara itu belum menjalinkan hubungan diplomatik.
"Hari ini kami memperoleh satu lagi pencapaian politik yang memenuhi hati peminat," kata Lapid, yang juga Perdana Menteri Giliran di Israel, sambil menambah bahawa kehadiran peminat Israel "membuka pintu kepada hubungan mesra baru."
"Qatar ialah sebuah negara berkepentingan antarabangsa, yang turut menyumbang kepada kestabilan rantau kita," Gantz berkata.
"Saya berharap kunjungan Israel ke negara itu akan mengukuhkan hubungan mesra antara rakyat kedua-dua negara."
Israel menghubungi Qatar untuk mengatur penerbangan terus menghubungkan Tel Aviv dan Doha, lapor laman sesawang berita Israel Hayom berbahasa Ibrani bulan lalu.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai