Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

PBM lantik Zuraida sebagai bakal presiden

Parti Bangsa Malaysia (PBM) telah menerima keanggotaan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan akan melantiknya sebagai "bakal presiden".

Pada sidang media hari ini, presiden PBM Larry Sng berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh biro politik dan majlis tertinggi parti.

“Atas permintaan akar umbi PBM, kami juga sebulat suara membuat keputusan untuk mengangkat Zuraida sebagai president designate bagi memacu pembangunan dan perkembangan PBM untuk masa akan datang.

“Majlis tertinggi akan bermesyuarat semula tidak lama lagi untuk meminda perlembagaan parti bagi membolehkan peralihan kepimpinan berjalan lancar,” katanya.

Menurut Larry, Zuraida seorang pemimpin berwibawa, berpengalaman dan mempunyai visi yang berpadanan dengan aspirasi PBM yang menginginkan perubahan holistik dalam membentukMalaysia untuk menjadi sebuah negara maju.

“Dengan keputusan ini kita berharap PBM akan lebih berupaya untuk meningkatkan lagi politik khidmat bakti demi membantu rakyat Malaysia untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Presiden PBM itu berkata, parti tersebut akan terus memperjuangkan Agenda Reset, dengan enam tunjang, iaitu mengeratkan perpaduan antara kaum, meningkatkan penglibatan golongan muda, memperkasakan peranan wanita, pembangunan ekonomi negara, menjana perkembangan sains dan teknologi serta peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia.

[Baca berita penuh]