Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Menteri arah bayar elaun petugas, pemeriksa SPM2021 hari ini

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengarahkan elaun petugas pentaksiran dan pemeriksa bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dibayar mulai hari ini.

Radzi berkata beliau menerima makluman bahawa pembayaran elaun itu belum diterima oleh guru yang terlibat.

“Saya telah mengarahkan supaya Lembaga Peperiksaan meneliti perkara ini dan membuat bayaran kepada guru yang terlibat dengan segera.

“Kita usahakan agar bayaran berkenaan dibuat,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

- Bernama