Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

PM UK Boris Johnson berdepan undi tidak percaya

GLOBAL | Perdana Menteri Britain Boris Johnson bakal berdepan undi tidak percaya pada petang Isnin, umum pengerusi Jawatankuasa 1922 parti Tory, Sir Graham Bradley.

Bradley berkata undi tidak percaya itu akan diadakan petang ini antara 6 petang dan 8 malam, keputusan akan diumumkan sejurus selepas itu, lapor Agensi Anadolu.

Andai Johnson gagal dalam undi tidak percaya itu beliau perlu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pertandingan untuk melantik kepimpinan baru akan bermula serta-merta.

Johnson menerima kritikan hebat selama berbulan-bulan susulan ramai pihak rasa tidak berpuas hati terhadap kepimpinannya.

- Bernama