MMA: Jangan beli secara panik dan simpan ubatan berlebihan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembelian panik berikutan kekurangan bekalan ubatan di negara.
Meskipun berlaku kekurangan beberapa ubat-ubatan tertentu, persatuan itu, berkata bahawa ini bukan fenomena baru, selepas negara-negara seluruh dunia telah mula meneruskan aktiviti ekonomi semasa wabak Covid-19.
“Memandangkan ini adalah masalah di seluruh dunia, import kedua-dua produk siap serta bahan mentah terjejas.
“Pengeluar tempatan terbatas dengan kapasiti mereka untuk meningkatkan pengeluaran.
“Bukan perkara mudah untuk meningkatkan pengeluaran hanya untuk menangani kekurangan bekalan di pasaran,” kata Presiden MMA Dr Koh Kar Chai dalam satu kenyataan, hari ini.
Portal Codeblue melaporkan sekatan tegar pergerakan selama dua bulan di Shanghai, China dan perang Rusia di Ukraine telah mencetuskan kekurangan besar-beasran pelbagai ubat di Malaysia.
Ini termasuk sirap untuk kanak-kanak dan rawatan untuk keadaan kronik, kata pembekal farmaseutikal, doktor, dan ahli farmasi.
Perang Ukraine-Rusia telah meyebabkan kenaikkan harga minyak dan beberapa laluan perkapalan telah tersekat yang memberi kesan kepada kos penghantaran.
Manakala sekatan pergerakan di China menyebabkan kekurangan ubatan kerana negara itu merupakan pembekal terbesar bahan aktif ubatan dan barangan farmaseutikal.
China dan Rusia juga adalah pengeksport utama kanji, yang digunakan untuk mengikat serbuk dalam tablet.
Sementara itu Dr Koh berkata, industri telah bertindak balas dengan membuat tempahan lebih tinggi untuk produk daripada pengeluar luar negara.
Dia berkata, bahawa kilang pembuatan dibina mengikut spesifikasi tertentu - yang mungkin tidak membenarkan sebarang peningkatan mendadak dan besar-besaran dalam kadar pengeluaran.
“Kami mengharapkan pembetulan dalam situasi penawaran dan permintaan farmaseutikal dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi.
“Jika tidak diperbetulkan, bekalan ubat lain yang sebelum ini tidak terjejas pun akan terganggu.
"Nasihat kepada orang ramai adalah supaya tidak membeli secara panik dan menyimpan ubat-ubatan yang tidak diperlukan dengan segera, untuk mengelak memburukkan keadaan," kata Koh.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai