DBKL tawar kediaman pada pesara tentera 20 tahun tinggal dalam kereta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan satu unit kediaman di Perumahan Awam Seri Johor 4C, Cheras, Kuala Lumpur, kepada pesara tentera yang dikatakan tinggal di dalam sebuah kereta sejak 20 tahun lepas.
DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan tawaran kediaman kepada bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia Mohd Redzuan Abdullah itu, berkuat kuasa hari ini.
"Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim akan menyerahkan sendiri surat tawaran kediaman kepada pesara berkenaan dalam waktu yang terdekat," menurut kenyataan itu.
Semalam Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Mustapa Kamal Mohd Yusoff, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique serta Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL Ismadi Sakirin menziarahi pesara berkenaan.
Terdahulu nasib Mohd Redzuan mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu pesara itu diberikan sebuah rumah transit dalam masa terdekat dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai