Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

'Mungkinkah M'sia akan mencatat rekod persepsi rasuah terburuk?'

Pemimpin veteran pembangkang Lim Kit Siang menyatakan kebimbangannya terhadap masa depan Malaysia yang disifatkannya sedang merosot dari segi persepsi rasuah.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata keadaan itu berlaku kerana kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) kembali merosot selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020.

"Kedudukan negara-negara yang berada di kedudukan bawah dalam senarai penarafan CPI TI dalam siri pertama pada 1995 - seperti China, Thailand, India dan Indonesia - pantas mengejar kedudukan Malaysia, yang mengalami kemerosotan sejak 1995," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun tambah Lim Malaysia bernasib baik apabila kemerosotan itu terhenti selepas PH menjadi kerajaan, dan dalam CPI 2019, negara ini mencapai prestasi terbaik dalam tempoh 25 tahun.

Sekarang katanya negara ini kita kembali tergelincir seperti sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018 dan ia nampaknya tidak terhenti di situ dengan adanya pelbagai isu termasuk skandal pemilikan saham pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan masalah integriti dalam kehidupan seharian.

Lim juga membangkitkan kebimbangan mengenai kedudukan Malaysia dalam CPI tahun ini dan kemungkinan berada pada kedudukan terburuk dalam sejarah.

"Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang berkaitan harus memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM (Azam Baki) untuk memberi keterangan tentang apa yang dilakukan bagi memastikan Malaysia tidak menjadi salah satu negara paling korup di Asia menjelang akhir dekad ini dan kalah kepada China, India, Vietnam, Sri Lanka, Thailand, Indonesia dan Filipina dalam TI CPI 2030 selepas dipintas oleh Taiwan dan Korea Selatan dalam dua dekad yang lalu," katanya.

[Baca berita penuh]