Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

'Ekonomi Malaysia akan memburuk jika tak tangani isu pekerja asing'

Ekonomi Malaysia akan bertambah buruk jika kerajaan tidak menangani isu yang dihadapi pekerja asing, menurut Pengarah Eksekutif Persatuan Sahabat Wanita Selangor Irene Xavier.

Dia berkata produk keluaran syarikat yang mengamal buruh paksa akan ditolak oleh negara maju, membawa kepada kemerosotan ekonomi negara.

"Apabila pekerja migran diletakkan dalam keadaan kerja di mana mereka dibayar gaji yang rendah, dipaksa untuk bekerja dalam masa yang lama (sehari) untuk mencapai sasaran mendapat gaji yang baik, banyak perkara akan berlaku bukan saja kepada pekerja ini tetapi juga kepada negara.

"Antaranya adalah pihak di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Kesatun Eropah akan enggan membeli berangan yang dibuat oleh buruh paksa.

"Malaysia termasuk dalam senarai di mana banyak produk agrikultur kita, seperti minyak sawit, telah ditolak oleh negara-negara ini. Ini memberi kesan kepada ekonomi,” kata Irene.

Irene Xavier

Irene yang juga pengerusi Labour Law Reform Coalition (LLRC) berkata demikian ketika pelancaran Manifesto Rakyat, yang merupakan usaha bersama oleh CSO Platform for Reform dan Gabungan Bertindak Malaysia untuk mewakili kepelbagaian suara di Malaysia ke arah negara yang progresif, harmoni dan saksama.

Dokumen itu menggariskan 27 perkara dasar yang dibahagikan kepada tiga "rukun".

Antara gesaannya adalah untuk dasar menyeluruh berhubung pekerja asing, menghentikan dasar bersifat ad hoc, mewujudkan prosedur berkesan di bawah Kementerian Sumber Manusia dalam soal pekerja asing dan membentangkan laporan Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing kepada awam.

Ia juga menggesa pihak berkuasa menghentikan penangkapan dan penahawan "sembarangan" warga asing tanpa dokumen, sistem penjagaan kesihatan universal, hak untuk keadaan kerja yang baik berdasarkan undang-undang buruh negara serta ratifikasi semua konvensyen berkaitan pekerja asing oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan PBB.

[Baca berita asal]