Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Remaja tembak mati 19 kanak-kanak dan guru di sekolah Texas

GLOBAL l Seorang remaja lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 19 kanak-kanak dan dua orang dewasa selepas menyerbu sebuah sekolah rendah di Texas pada Selasa. Serangan terbaru ini adalah pembunuhan beramai-ramai di Amerika Syarikat dan kejadian tembakan di sekolah yang paling teruk di negara itu dalam hampir sedekad.

Menurut Reuters, suspek berusia 18 tahun, yang berjaya dibunuh oleh polis itu, juga telah menembak neneknya sendiri sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. Dia kemudiannya merempuh kenderaan lain ketika melarikan diri sebelum mengamuk di Sekolah Rendah Robb di bandar Uvalde, Texas, kira-kira 80 batu (130 km) barat San Antonio.

Motifnya masih tidak jelas.

Berdasarkan laporan CNN, lelaki terbabit memandu dan masuk ke sekolah dengan senapang dan pistol.

"Suspek menembak dan membunuh secara mengerikan, tidak dapat difahami, membunuh 19 pelajar dan seorang guru.

“Suspek juga maut, dipercayai ditembak pegawai yang bertindak balas di lokasi kejadian," kata seorang anggota polis di siaran televisyen itu.

Bercakap dari Rumah Putih beberapa jam kemudian, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden

menggesa rakyat Amerika untuk menentang lobi senjata AS yang dipersalahkannya kerana menyekat penggubalan undang-undang keselamatan senjata api yang lebih ketat.

Biden mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang setiap hari sehingga matahari terbenam pada hari Sabtu sebagai menghormati tragedi itu.

Gabenor Greg Abbott berkata, suspek dikenali sebagai Salvador Ramos berusia 18 tahun dipercayai ditembak mati pegawai polis yang bertindak balas di lokasi kejadian.

Dia juga memaklumkan bahawa, dua anggota pegawai polis turut terkena tembakan, namun tidak mengalami kecederaan serius dengan pihak berkuasa menjelaskan suspek bertindak sendirian.

[Baca berita penuh]