Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Covid-19: 1,817 kes baru, dua lagi kematian

Sebanyak 1,817 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, dengan jumlah terkumpul kini meningkat kepada 4,491,320 kes.

Kes aktif pada masa ini sebanyak 26,511 kes, meningkat 18.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (768)

Kuala Lumpur (331)

Pulau Pinang (140)

Melaka (104)

Negeri Sembilan (98)

Perak (85)

Johor (69)

Kedah (52)

Sabah (43)

Putrajaya (36)

Sarawak (35)

Pahang (22)

Kelantan (15)

Terengganu (12)

Perlis (6)

Labuan (1)

Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan dua kematian akibat wabak itu dilaporkan semalam, dengan satu kes kematian ketika dibawa ke hospital (brought in dead).

Sepanjang minggu lalu, purata empat orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 5.4 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu.

Sejak wabak ini mula menular pada Mac 2020, sejumlah 35,643 kes kematian telah dilaporkan.

Sebanyak 91 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat bulan ini. Sebagai perbandingan, sebanyak 564 kes kematian dilaporkan bulan lalu dan 2,235 kes pada Mac.

Kematian semalam dilaporkan di Kedah dan Selangor.

Sebanyak 1,087 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 40 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Selangor mencatatkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi semalam iaitu sebanyak 129 kes diikuti Johor (115) dan Sabah (58).