Dr Wan Zawawi meninggal dunia
Ahli akademik dan aktivis sosial Dr Wan Zawawi Wan Ibrahim, 75, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.47 pagi tadi akibat serangan jantung.
Kakaknya Datin Wan Hiyati Wan Ibrahim ketika dihubungi Bernama hari ini berkata adiknya itu rebah semasa sedang bersiap untuk menunaikan solat subuh di kediamannya di Seksyen 11, Petaling Jaya.
Beliau meninggalkan seorang balu, Noorshah Mohd Salleh dan tiga orang anak masing-masing dua lelaki dan seorang perempuan.
Allahyarham turut mempunyai seorang lagi anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama warga Australia Dr Leslie O’Brien yang kini menetap di Sydney.
Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Monash University, Melbourne dan disifatkan sebagai seorang ahli akademik yang sangat dihormati.
Selain sebagai ahli akademik dan aktivis sosial, Wan Zawawi juga dikenali sebagai seniman yang banyak terlibat dalam penggubalan lagu-lagu berunsur puisi dan kemanusiaan yang dinyanyikan sama ada beliau sendiri atau artis lain.
Allahyarham merupakan penulis lirik lagu ‘Perjalanan Hidup’ yang pernah dipopularkan oleh Datuk Ramli Sarip.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai