Budaya 'takut' buat doktor muda jadi golongan rentan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Kementerian Kesihatan mengkaji punca yang menyebabkan doktor muda terdedah kepada stigma tertentu.
Mengaitkan isu itu dengan budaya ketakutan, Presiden MMA, Dr Koh Kar Chai, berkata ia wujud dalam sistem sedia ada yang melatih para doktor di negara ini dan dikaitkan dengan pegawai tinggi di kementerian.
Katanya kenyataan itu tidak ditujukan kepada mana mana-mana individu secara khusus tetapi secara umum membabitkan pegawai kanan tertentu dalam kementerian terbabit.
“Setiap kali pegawai tertentu bersuara menentang sistem mereka telah ditegur, bukan? Jadi, ini adalah sesuatu yang perlu kita teliti.
“Anda mesti faham doktor junior juga terdedah kerana apabila mereka berdepan dengan semua pegawai senior, mereka selalu berasakan bahawa jika mereka tersalah langkah dan mengadu terhadap orang yang salah…
“Anda mesti faham ini bukan mengenai doktor pelatih, (tapi) termasuk pegawai perubatan dan perunding.
"Jadi, sistem yang ada sekarang (meletakkan) mereka berasa (mereka akan) ditegur kerana masuk ke dalam sistem, dan saya fikir ia perlu diubah," kata Koh kepada pemberita hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kehormat MMA, Dr Thirunavukarasu Rajoo.
Sidang media secara dalam talian dari Ibu Pejabat MMA di Kuala Lumpur itu diadakan beberapa hari selepas seorang doktor pelatih ditemui maut dipercayai selepas jatuh dari bangunan Hospital Pulau Pinang (HPP) di George Town pada 17 Apr lalu.
Kejadian itu berlaku dua minggu selepas pelatih terbabit memulakan tugas di HPP.
Ia menarik perhatian pelbagai pihak termasuk kalangan orang politik.
Kata Koh dakwaan wujud suasana kerja yang bertoksik untuk doktor pelatih perlu diteliti dan ditangani.
Pada masa sama katanya perlu ada pembaharuan dilaksanakan dalam sektor penjagaan kesihatan.
“Adakah pembaharuan benar-benar diperlukan dalam latihan doktor muda? Semua orang melihat kejadian buli dalam sektor penjagaan kesihatan, terutamanya dalam kalangan doktor muda.
"Kita perlu mentakrifkan buli," katanya.
Dia juga menyatakan kebimbangannya terhadap penggunaan perkataan 'buli' itu sendiri dan bagaimana ia terbuka untuk disalahgunakan.
Koh turut menegaskan MMA tidak akan berkompromi dengan sebarang kes buli terang-terangan yang melibatkan penyalahgunaan kuasa yang jelas berulang kali dilakukan untuk mendatangkan sebarang ancaman.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai