Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

1,251 kes baru, tujuh pesakit meninggal dunia

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 1,251 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,455,364.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 26,100, turun 67.8 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

Selangor (438)

Kuala Lumpur (284)

Pulau Pinang (100)

Perak (64)

Kedah (61)

Melaka (57)

Johor (50)

Negeri Sembilan (43)

Sarawak (34)

Pahang (27)

Sabah (26)

Terengganu (19)

Putrajaya (17)

Kelantan (15)

Perlis (14)

Labuan (2)

Sebanyak tujuh kes kematian dilaporkan semalam, menjadikan jumlah korban Covid-19 setakat ini kepada 35,576 orang.

Daripada jumlah itu, dua pesakit meninggal dunia sebelum dirawat di hospital (BID).

Kes kematian dilaporkan di Selangor (3), Kedah (2), Perak (1) dan Pulau Pinang (1).

Sejak minggu lalu, purata 4.9 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 12.8, yang menunjukkan trend penurunan.

Sebanyak 29 kematian akibat wabak ini telah dilaporkan bulan ini. Sebagai perbandingan, 564 kematian dilaporkan bulan lalu dan 2,23 kematian pada Mac.

Seramai 1,026 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan hospital dengan 76 orang dalam unit rawatan rapi (ICU).

Negeri dengan kemasukan hospital tertinggi semalam adalah Selangor (127), disusuli Johor (117) dan Sabah (70).