Aliran trafik arah utara, selatan perlahan
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke utara dan selatan, perlahan malam ini susulan masih terdapat pengguna jalan raya yang memandu pulang ke kampung serta kembali ke rumah masing-masing selepas bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata setakat 10.30 malam tadi, trafik sesak di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara dari Tapah ke Gopeng dan Ipoh ke Changkat Jering di Perak serta Alor Pongsu ke Jawi, Pulau Pinang.
"Trafik juga dilaporkan sesak dari Pedas Linggi menuju Port Dickson dan Bandar Ainsdale menuju ke kawasan Rehat dan Rawat Seremban.
"Bagi trafik menuju ke arah selatan dan ibu kota pula, kesesakan dilaporkan berlaku sebelum Plaza Tol Hutan Kampung di Kedah, Pendang menuju Gurun, Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan, dari Changkat Jering ke Bukit Berapit, Bidor ke Slim River, Pagoh ke Ayer Hitam dan Simpang Renggam ke Sedenak," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut jurucakap itu bagi laluan Pantai Timur, kesesakan hanya berlaku dari Plaza Tol Gombak menuju ke ibu kota.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai