Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

LRA Sg Semenyih: Bekalan dijangka pulih sepenuhnya 3 petang ini

Kerja-kerja pembersihan dan proses rawatan air di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) berikutan insiden pencemaran di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, telah mencapai tahap 59 peratus setakat 9 malam tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi menyebut, bekalan air bersih dijangka akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula jam 12.30 tengah malam hari ini (1 Mei 2022).

Menurut Air Selangor, bekalan air di kawasan-kawasan terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya pada 3 petang hari ini.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” menurut kenyataan itu.

Menurut Air Selangor, bantuan lori tangki masih lagi digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal dan Air Selangor telah berusaha untuk meminimumkan impak gangguan air tersebut kepada pengguna yang terjelas.

Bagi sebarang pertanyaan para pengguna boleh menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 ataupun Help Centre di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-Bernama