Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Dalam khemah ada tikus, kucing, ada macam-macam - Hadi

Presiden PAS Abdul Hadi menyindir idea kerjasama ‘Khemah Besar’ Pakatan Harapan (PH) demi memastikan situasi satu lawan satu dengan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, PAS tidak akan menyertai ‘Khemah Besar’ tetapi akan mempertahankan agenda “perpaduan ummah” dengan parti-parti terbesar orang Islam iaitu Bersatu dan Umno.

Selain itu, katanya, mereka juga akan bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan Islam dan kumpulan serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem.

“Kita tidak ikut khemah kerana dalam khemah itu ada ‘tikus’, ‘kucing’, ada macam-macam. Segalanya ada dalam khemah itu,” dia dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Walaupun PAS berminat meneruskan kerjasama yang dirintis melalui Muafakat Nasional (MN), Umno yang kita menjadi parti dominan dalam kerajaan dilihat tidak lagi berminat ke arah itu.

Hubungan kedua-dua parti diburukkan lagi dengan kemunculan dokumen PASleak yang didakwa cuba mempengaruhi mahkamah untuk mempercepatkan hukuman terhadap Presiden Umno Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Pemimpin PAS menafikan kesahihan dokumen yang dikatakan bocor itu.