Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan
AKSB bekukan cuti raya ketua jabatan, staf operasi
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membekukan cuti hari raya Aidilfitri membabitkan semua ketua jabatan dan kakitangan operasi, kata pengurus besarnya Azuhan Mohamed.
Selain itu, katanya AKSB juga menyediakan kontraktor bagi kerja-kerja kecemasan pembaikan paip bocor atau pecah sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
"Kapasiti pengeluaran air terawat ditingkatkan daripada 519 juta liter kepada 533 juta liter sehari.
"Selain itu, 443 buah tangki statik akan ditempatkan di lokasi-lokasi strategik seperti surau, masjid dan taman-taman perumahan," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Tambah Azuhan, sebanyak sembilan buah lori tangki AKSB dan 31 lori air kontrak disediakan untuk penghantaran air terawat bagi kawasan yang terjejas.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai