Tiada kenaikan cukai taksiran di S'gor ketika ini
Kerajaan negeri Selangor tidak tidak akan membenarkan atau meluluskan sebarang kenaikan cukai taksiran ketika ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan dan pengangkutan awam, Ng Sze Han berkata sebarang kenaikan cukai taksiran itu akan membebankan rakyat lebih-lebih lagi dalam situasi pasca pandemik Covid-19.
Bagaimanapun, katanya, semakan nilaian baru yang berterusan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dilakukan mengikut prosedur, sambil meambah bahawa penilaian semasa adalah berdasarkan angka 1985.
“MPKj akan mengambil kira semua bantahan dan ketidakpuasan penduduk di dalam kawasan pentadbiran MPKj. Dalam hal ini, MPKj telah menyediakan medium-medium bersesuaian kepada semua pemilik harta berkadar yang ingin menyatakan bantahan terhadap tindakan penilaian semula ini.
“Adalah ditegaskan bahawa tarikh penguatkuasaan nilaian baharu ini belum diputuskan oleh kerajaan negeri,” kata Ng.
Menurutnya, keutamaan kerajaan egeri pada ketika ini adalah untuk merangsang dan merancakkan ekonomi dalam negeri Selangor bagi memastikan langkah pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Menurut laporan Sin Chew Daily yang diterbitkan hari ini, sebilangan penduduk Kajang melaporkan bahawa penilaian semula hartanah oleh MPKj menyaksikan cukai taksiran beberapa pemilik meningkat sebanyak 34 peratus.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai