Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Lima pesuruhjaya Suhakam akhiri perkhidmatan selepas dua penggal

Lima anggota Suhakam menamatkan penggal kedua mereka di suruhanjaya hak asasi manusia semalam.

Mereka ialah Mah Weng Kwai, Jerald Joseph, Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Lok Yim Pheng dan Godfrey Gregory Joitol.

Kelima-lima mereka memulakan perkhidmatan sebagai pesuruhjaya Suhakam pada 2016 semasa pentadbiran perdana menteri Najib Razak ketika itu.

Setiap penggal adalah selama tiga tahun. Seksyen 5(4) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta Suhakam) tidak membenarkan penggal ketiga.

Empat pesuruhjaya lain yang menamatkan penggal pertama mereka termasuk Othman Hashim (pengerusi), Madeline Berma, Mohd Hishamuddin Md Yunus dan Noor Aziah Mohd Awal.

Putrajaya masih belum mengumumkan senarai pesuruhjaya baru.

Anggota Suhakam dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor perdana menteri selepas berunding dengan jawatankuasa pelantikan yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha negara.

Menurut Seksyen 11 Akta Suhakam, jawatankuasa itu mesti juga terdiri daripada pengerusi Suhakam dan tiga anggota masyarakat sivil yang mempunyai pengalaman praktikal dalam hal hak asasi manusia, yang dilantik oleh perdana menteri.

Dalam pusingan sebelum ini, terdapat tempoh masa beberapa bulan sebelum kumpulan pesuruhjaya baru dilantik.

[Baca berita penuh]