TikTok: ASP dari JSJN Bukit Aman dipindahkan
Seorang pegawai polis wanita dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang bersiaran secara langsung menerusi TikTok ketika operasi di sebuah pusat hiburan kini dipindahkan ke jabatan lain.
Timbalan Ketua Polis Negara Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama pagi ini mengesahkan perkara berkenaan.
Katanya pegawai polis wanita terbabit akan berpindah ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Pada Isnin lepas, Pengarah JSJN Ayob Khan Mydin Pitchay menyifatkan tindakan pegawai polis berkenaan bersifat peribadi dan hanya bertujuan untuk mempromosikan akaun TikToknya.
Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 38 saat yang memaparkan pegawai wanita berpangkat ASP dan berpakaian jaket seragam operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerangkan tentang sebahagian skop kerjanya menjalankan serbuan dan pemeriksaan.
PDRM sebelum ini telah mengeluarkan tiga arahan mengenai tatacara penggunaan media sosial iaitu pada Mei 2014, Ogos 2020 dan Feb 2021 selain tindakan sedemikian tidak dibenarkan.
Berikutan itu, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman diarah membuat siasatan secara menyeluruh berhubung kes berkenaan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai