Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Syed Saddiq kecam persatuan majikan: Bab potong gaji laju saja 

Anggota parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengecam cadangan potong elaun perjalanan dan pemberian gaji lebih kecil terhadap pekerja yang berkhidmat dari rumah.

“Apa jenis cadangan macam ini?

“Pekerja yang kerja dari rumah pun keluar duit untuk syarikat juga. 

“Bil elektrik, wifi bayar sendiri. Selalunya memang kena kerja sampai malam juga. 

“Kalau bab potong gaji, laju saja fikir,” katanya merujuk kepada kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan semalam.

Shamsuddin semalam mendakwa ada pekerja yang bersetuju dengan langkah berkenaan susulan bekerja dari rumah sudah menjimatkan kos perjalanan ke tempat kerja.

Katanya, pekerja boleh memilih untuk kembali ke tempat kerja untuk menikmati elaun tersebut atau terus bekerja dari rumah.

Bagaimanapun, katanya, syarikat mesti menyediakan pekerja dari rumah dengan peralatan yang diperlukan termasuk sambungan internet.