Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

9,705 kes baru, 12 lagi kematian dilaporkan

Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 9,705 kes baru Covid-19, menjadikan jangkitan kumulatif kepada 4,382,402 kes.

Kes aktif pada masa ini sebanyak 108,523, menurun 43.7 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri:

Selangor (6,184)

Kuala Lumpur (683)

Perak (505)

Negeri Sembilan (504)

Johor (313)

Pulau Pinang (302)

Melaka (263)

Kedah (189)

Sarawak (189)

Terengganu (148)

Pahang (132)

Sabah (101)

Kelantan (77)

Putrajaya (59)

Perlis (14)

Labuan (10)

Sebanyak 12 lagi kematian dilaporkan, dengan 6 kes mati ketika dibawa ke hospital (BID).

Sepanjang minggu lepas, purata 18.4 kes kematian Covid-19 telah dilaporkan, sementara purata untuk 30 hari lalu adalah 40.8, menunjukkan trend penurunan.

Setakat ini, seramai 35,409 orang telah meninggal akibat wabak ini.

Terdapat 426 kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 2,235 kematian pada bulan lepas dan 770 kematian pada Februari.

Terdapat 2,268 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dengan 134 daripadanya berada di unit rawatan rapi.

Kadar kemasukan ke hospital tertinggi semalam dilaporkan di Selangor (189) dan disusuli dengan Johor (108) dan Perak (66).