Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Wanita mohon keluar Islam, mahu anuti Konfusianisme, Buddhisme

Seorang wanita memohon kepada mahkamah sivil untuk membatalkan keengganan Mahkamah Syariah untuk membenarkannya meninggalkan Islam.

Wanita berusia 32 tahun itu, yang adalah anak kepada seorang lelaki mualaf dan wanita Islam pada 8 Feb, 1990, didakwa berulang-kali telah memohon kepada Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama tersebut dan secara rasmi mahu memeluk ajaran Konfusianisme dan Buddha tetapi gagal.

Ini adalah antara dakwaan yang terkandung dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) pada 4 Mac.

Cabaran undang-undangnya itu menamakan Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan kerajaan, masing-masing sebagai responden pertama, kedua, ketiga dan keempat.

Menurut salinan kertas kausa yang diperoleh Malaysiakini, wanita itu - yang ibu bapanya telah bercerai - mendakwa ibunya yang beragama Islam tidak pernah memaksanya mengikuti ajaran Islam dan memberinya kebebasan untuk menentukan agamanya sendiri.

Dia mendakwa bapanya hanya memeluk Islam untuk mengahwini ibunya dan ibu bapanya tidak pernah mengamalkan agama itu.

Dengan hujah, bahawa dia tidak menganut agama Islam malah tidak pernah mengucap kalimah Syahadah, dia pada mulanya membawa pemohonannya ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan untuk cuba meninggalkan Islam.

Kalimah Syahadah - salah satu daripada Rukun Islam yang lima berbunyi "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah".

Wanita itu mendakwa bahawa pada 10 Dis 2018, Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan dirinya supaya menghadiri 12 sesi kaunseling aqidah pra-perbicaraan untuk tempoh enam bulan mulai 14 Jan 2019.

Katanya, dia kemudiannya mengambil cuti daripada pekerjaannya di Oman dan pulang ke Malaysia untuk menghadiri 12 sesi yang akhirnya berjaya diselesaikannya antara 14 dan 25 Jan tahun itu.

[Baca berita penuh]