Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kartun ‘beruk berbaju kuning istana’ - Fahmi mungkin dibebaskan petang ini

Pelukis grafik Fahmi Reza dijangka dibebaskan dari lokap petang ini susulan penahanannya berhubung lukisan kartun beruk yang berpakaian seragam istana berwarna kuning di media sosial.

Peguamnya Rajsurian Pillai berkata pendaftar, Fatin Hamim menolak permohonan pihak polis untuk mendapatkan perintah reman empat hari ke atas Fahmi, yang ditahan di lokap balai polis daerah Dang Wangi.

“Pegawai Penyiasat memohon tahanan reman empat hari terhadap tertuduh (Fahmi) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, pendaftar hanya membenarkan reman sehari,” kata Rajsurian di Twitter.

Permohon mendapatkan reman diadakan di lokap tempat Fahmi ditahan semalaman.

"Dia dijangka dibebaskan petang ini sekitar jam 4 petang atau 5 petang," kata Rajsurian kepada Malaysiakini.

Fahmi pada Rabu, 13 April lalu membuta hantaran di media sosial lukisan kartun monyet Mojo Jojo, penjahat dari rancangan kartun "The Powerpuff Girls", berpakaian kuning seperti seorang sultan.

Kira-kira tiga jam kemudian, dia menyiarkan kenyataan yang menyebut "kalau kita boleh terima dan tak sekat karya satira yang memberukkan orang lain, kita juga harus terima dan tak sekat karya satira orang lain yang memberukkan kita,”

Kenyataan itu disiarkan di seluruh akaun media sosialnya, termasuk di bahagian komen kartun monyet itu.

Walaupun Fahmi tidak menyebut sebarang nama secara khusus, dipercayai dia mengulas laporan berita bahawa Sultan Sharafuddin Idris Shah telah membeli sebuah lukisan yang menggambarkan parlimen diisi oleh pelbagai jenis monyet. Turut diselit adalah gambar katak.

[Baca berita penuh]